Perkara 11(2) Kebebasan beragama di Malaysia

Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri
  • Perkara 11(2) memperuntukkan bahawa seseorang tidak boleh dipaksa untuk membayar cukai sekiranya pendapatan yang diperolehi daripada cukai tersebut akan digunakan semua atau sebahagian daripadanya untuk maksud agama yang lain daripada agamanya.
  • Peruntukan berkenaan seperti yang ternyata dalam Perlembagaan adalah jelas bahawa hak kebebasan agama ini dinyatakan untuk menenangkan perasaan orang-orang bukan Islam; yakni kedudukan Islam sebagai agama persekutuan tidak akan mengancam hak mereka untuk menganut dan mengamalkan kepercayaan beragama. Selain itu wujudnya perlindungan dari paksaan untuk membayar cukai yang sebahagiannya akan digunakan untuk agama yang lain dari agama anutan seseorang, perlembagaan bagaimanapun menyebut bahawa pihak berkuasa boleh menggunakan wang awam untuk tujuan-tujuan agama Islam.
  • Dengan kata lain Islam diberikan kedudukan yang lebih istimewa; yang tentunya berdasarkan kepada kenyataan sejarah negara ini. Namun, harus diingati bahawa tidak wujud sebarang paksaan untuk membayar sebarang cukai untuk kepetingan agama lain selain agama yang dianuti. Sebagai contoh, pembayaran zakat adalah terhad kepada umat Islam sahaja memandangkan ianya adalah rukun Islam yang wajib dipatuhi apabila sesorang itu beragama Islam.

Rujukan

WikiPedia: Kebebasan beragama di Malaysia http://www.abc.net.au/foreign/content/2006/s178938... http://www.abigmessage.com/malaysia-no-to-christia... http://www.aliran.com/oldsite/monthly/2004b/9e.htm... http://asiasentinel.com/index.php?option=com_conte... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kronolog... http://malaysiatanahairku.blogspot.com/2006/12/peg... http://www.boston.com/news/world/asia/articles/200... http://www.catholicasiannews.com/07aug/aug07cover2... http://www.christiantoday.com/article/malaysia.chr... http://www.cookministries.com/international/traini...